Wednesday, June 29, 2011

Kebahagiaan Dalam Perpisahan

adakah kisah Chinta Bulan akan berakhir dengan begitu sahaja? belum lagi penulis ke klimaks cerita kisah Chinta Bulan seterusnya, tiba-tiba tanpa angin pokok bergoyang...tanpa mendung hujan turun...harapan terkubur dan adakah kemungkinan besar bahawa kisah cinta Chinta Bulan berakhir seperti alunan suara Kebahagiaan Dalam Perpisahan..bila air mata gugur ke bumi begitu luluhnya jiwa raga Chinta Bulan seolah-olah tiada kehidupan di masa hadapan..wahai pencipta alam, haruskah Chinta Bulan diuji sebegini rupa?
Oleh itu penulis ingin juga meneruskan kita percintaan Chinta Bulan...setiap hari SMS tanpa henti bermula 5 Jun 2011...bila rindu datang menjelma air mata mula gugur ke bumi...bila cinta menerima cincin ilusi menjadi tanda..bila kasih sayang bertaut Purnama Mengambang menjadi saksi...Bila hati bersatu jiwa mula bergelora..pada 14 Jun 2011 dua pasangan disatukan dengan menyarungkan cincin ilusi dijari manis sambil sambil melafazkan " jika saya melamar awak, sudikah awak menjadi teman saya? sambil berksaksikan Bulan Purnama dan ketika itu juga mereka meletakkan nama cinta mereka Chinta Bulan 1406.. Namun begitu Chinta Bulan diuji apabila orang ketiga muncul dalam perhubungan Chinta Bulan...bagaimana ianya berlaku? Nantikan kisah selanjutnya ...

0 comments: